Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bidai, kerai; 2. sj bidai utk menangkap ikan; jenis-jenisnya: ~ Betawi, ~ kelong, ~ duduk = ~ kering = ~ Kedah = ~ kumbang, ~ langgai, ~ lengkung = ~ pantai = ~ teluk, ~ parit = ~ sungai, ~ puk; 3. Mn bilah-bilah buluh (papan) utk membalut tulang yg patah; ~ hanyut cakap kosong;membelat membalut dgn belat: tangannya yg patah itu dibelat oleh bomoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belat I


Pantun

PantunSumberTema
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Untuk apa memasang belat, Belat dipasang mencari ikan; Untuk apa membilang adat, Adat dibilang jadi ikutan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belat di hulu-hulu sungat, Belat sebuah tampun-bertampun; Adat Melayu yang kita pakai, Adat yang sudah turun-temurun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belat mana yang kita pasang, Belat di hulu-hulu sungai; Adat mana yang kita bilang, Adat Melayu yang kita pakai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belat sebuah tampun-bertampun, Lukah dilabuh di batang jati; Adat yang sudah turun-temurun, Patah tumbuh hilang berganti.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belat dipasang mencari ikan, Ikan dapat boleh digulai; Adat dibilang jadi ikutan, Ikutan umat supaya damai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pasang belat pasang bubu, Dapat seekor ikan, ikan bertutu; Sama sepelekat sama sekelembu, Mengapa mata lekat ke pintu.Pantun Melayu SarawakKasih
Elok belat dapatlah ikan, Ikan pari ikan sembilang; Elok adat selamatlah badan, Saban hari berdada lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok belat dapatlah ikan, Rasanya enak dibuat gulai; Elok adat selamatlah badan, Saudara banyak sahabat ramai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok belat dapatlah ikan, Ikan belanak rasanya sedap; Elok adat selamatlah badan, Makan enak tidur pun lelap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas