Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.tu/] | بلاتوق

Definisi : sj burung dlm famili Picidae, jelatuk, pelatuk; ~ ara, Pigaus xanthopygaeus; ~ biji nangka, Micropternus brachyurus; ~ gunung, Picus canus; ~ hijau, Picus vitatus; ~ mas, Picus puniceus; ~ merah, Picus miniaceus; ~ pinang, Dinopium javanense; ~ punggur, Blythipicus rubiginosus; ~ raja, Picoides cathpharius; ~ rotan, Picus viridanus; punggur tumbang, ~ menumpang mati prb terlibat dlm kesalahan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.tu/] | بلاتوق

Definisi : nama sj burung berjambul dan suka hinggap pd batang kayu, Picus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belatuk

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang belatuk burung belatuk, Mari hinggap di kepala tangga; Semadi abang duduk mengantuk, Mari abang menari caca.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Selama belatuk mati bini, Banyaklah enggang dilibasnya; Selama beruk jadi kerani, Banyaklah orang diperasnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak belatuk anak pergam, Terbang mengunjung-ujung dahan; Yang menakik dan menanggam, Yang menebang nan membahan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Burung belatuk kepalanya merah, Terbang ke hulu menyongsong angin; Tabiklah datuk jangan nak marah, Anak dagang tumpang bermain.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang belatuk raja burung, Hinggap di atas pokok selasih; Lama sudah dendam berkurung, Belum bertemu pada kekasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik nangka bertupa-tupa, Burung belatuk terbang meranting; Abang bawa balik bunga cempaka, Bawa masuk ke dalam gading.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas