| Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Daripada udang elok belida, Kerana belida rasanya lemak; Daripada bujang eloklah tua, Kerana tua duitnya banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sejak belida mudik ke hulu, Banyak seluang berisau hati; Sejak adinda asyik cemburu, Tidakkan abang bergurau lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau dipanggang belida bongkok, Lemaknya tinggal di telapak tangan; Kalau abang bertolak esok, Tinggallah jejak di tengah laman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sisi bukan sebarang sisik, Sisik belida memutus jala; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membawa hatiku gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |