Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belilah


Pantun

PantunSumberTema
Belilah minyak agak sebalang, Untuk memasang api pelita; Hati berkocak menengok abang, Duduk seorang mencari cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah beras barang segantang, Supaya mudah orang bertanak; Hatiku cemas memandang abang, Belum menikah sudah mengelak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah kain berenda pekat, Dapat masuk ke nikah kahwin; Hati ingin berkirim surat, Takut ditengok orang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah galah untuk penjolok, Supaya senang mengambil pauh; Hatiku gundah fikiran suntuk, Kerana abanglah pergi jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah galah barang sebatang, Supaya mudah menjemur kain; Hati gelisah abang tak datang, Apakah pindah pada yang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah lampu untuk pelita, Supaya rumah menjadi terang; Hatiku pilu dimasuk cinta, Kerana gelisah menanti abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah tikar berserta bantal, Untuk dibentang di dalam pondok; Hati berdebar bercampur kesal, Menengok abang diam merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah baju serta selendang, Dapat dipakai ke helat jamu; Hatiku rindu kepada abang, Hajat sampai dapat bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas