Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); jenis-jenisnya: ~ batu = ~ manis = ~ sayur = ~ segi, Averrhoa carambola; ~ besi = ~ buluh sj belimbing (buahnya kecil-kecil, masam rasanya dan biasanya digunakan dlm masakan), Averrhoa bilimbi dll; 2. bersanding-sanding (menurut panjangnya spt belimbing): awan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ besi (manis, segi) sj belimbing yg bentuk buahnya bersegi-segi, Averrhoa carambola. ~ buluh (sayur) sj belimbing yg buahnya digunakan dlm masakan, Averrhoa bilimbi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belimbing

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

PantunSumberTema
Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putik belimbing digetu-getu, Petang-petang ulam pegaga; Petik dinding buka pintu, Petang karang abang yang ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik belimbing digetu-getu, Dari Kedah ke Tanah Liang; Jentik dinding bukalah pintu, Pintu terdedah sampai siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik belimbing bercedu-cedu, Bunga kunda berangkai-rangkai; Jentik dinding terbuka pintu, Nak tidur dua sebantal.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pucuk dedap belimbing besi, Pohon pauh di tepi kolam; Duduk dekat rasanya benci, Duduk jauh rasalah sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila makan buah belimbing, Dibuat sambal rasanya sedap; Apabila iman mendarah daging, Kuat beramal sempurna adab.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila menimbang kacang belimbing, Sudah cukup dibawa pergi; Bila kukenang abang berpaling, Daripada hidup rela kumati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas