Ambil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Nyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang beradat rajin bekerja, Membanting tulang mencari rezeki; Membuang adat bersalin lembaga, Puting beliung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |