Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Masak nasi bergulai belum,
     Nanti udang dari kuala;
Sarat muatan belayar belum,
     Nanti turun angin utara.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sementara menanti padi masak,
     berjagung-jagunglah dulu.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Buah nangka dimakan ungka, Belum masak sudah berulat; Puas sudah menahan cinta, Eloklah kita menikah cepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah nangka dimakan ulat, Belum masak sudah membusuk; Sudah lama kukirimkan surat, Belum nampak dinda menjenguk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Alangkah masam si buah duku, Masak belum sudah dipetik; Alangkah geram rasa hatiku, Hendak mencium hidung pesek.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kuini masak sedahan, Belum juga jatuh ke tanah; Patah hati rosaklah badan, Kerana adinda tak mahu singgah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Masak nasi bergulai belum, Nanti udang dari kuala; Sarat muatan belayar belum, Nanti turun angin utara.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan

Kembali ke atas