Buah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah beluru bermain angin, Jatuh sebiji di dalam puan; Surat sepucuk kami kirim, Kalau sudi bacalah puan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tak boleh kuda di ladang, Pancung beluru di atas pagar; Kalau tak boleh muda kucadang, Tujuhlah guru aku belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah mempelam si buah petir, Tigalah dengan buah beluru, Jangan dikias jangan disindir, Keranalah adik sungguh tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |