Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lut] | بلوت

Definisi : sj ikan yg panjang (spt ular) dan licin (hidup dlm lumpur), Monopterus albus; ~ laut belin, Echidna spp.; ~ kena ranjau (getah) prb orang yg cerdik kena tipu; bagai ~ digetir (diketil) ekor prb cepat sekali; bagai menyukat ~ hidup prb pekerjaan yg sia-sia; bagai ~ diregang prb orang yg tinggi dan kurus (atau sakit pinggang); licin bagai ~ prb tiada mudah ditipu (cerdik); spt ~ pulang ke lumpur prb orang yg telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;berbelut Mn menangkap belut; bagai si kudung pergi ~ prb pekerjaan yg sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya; kena kecipak orang ~ prb tidak terlibat (mendapat kesulitan) dlm perkara orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lut] | بلوت

Definisi : nama sj ikan yg panjang lagi licin kulitnya dan biasanya terdapat dlm lumpur, Fluta alba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belut

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Belut jatuh ke lumpur.

Bermaksud :

Senang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

PantunSumberTema
Petang-petang menangkap belut, Belut ada dalam duri; Jalannya semak lagi berselut, Tuan menjemput saya ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana belut tidakkan marah, Anak buaya suka memekak; Bagaimana lutut tidakkan goyah, Awaklah tua suka merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak belut naik ke sawah, Banyaklah orang merasa geli; Sejak kuikut adik ke rumah, Alangkah lapang sukalah hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan menggulai belut, Menggulai mari dengan pengatan; Kalau hati sudah susut, Tanah di Benut kutinggalkan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Naik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik ke bukit menggali halia, Baik sekali ke tulang belut; Jika jadi dengan adinda, Cik adik bergurau si bulan tutup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tali halus untuk pembalut, Galah juga akan meretasnya; Kami lurus diajar belut, Allah juga akan membalasnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas