| Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Nan galah tetap galah, Nan akar tetaplah akar; Nan salah tetaplah salah, Nan benar tetaplah benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bukan benar bangsa Yahudi, Dia benar kafir melaun; Jika terkenang sebarang budi, Tidak kukenang seribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Baik benar orang belayar, Dapat berjalan ke negeri jauh; Adik sabar abang pun sabar, Lambat-laun tentu berjodoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau benar janganlah tidak, Hendak mengail jauh ke darat; Kalau tidak kerana kehendak, Janganlah saya jadi melarat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau benar tuan nak mandi, Kain jangan kasi nila; Kalau benar tuan nak jadi, Permainan jangan kasih dimula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyak benar ikan di laut, Dualah ekor di tapak dulang; Banyak benar malaikat maut, Di dalam kubur rasa nak pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Orang beradat katanya benar, Pantang sekali bercabang lidah; Membuang adat balanya besar, Petang dan pagi orang membantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |