Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dang] | بندڠ

Definisi : sawah; tanah ~ tanah sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dang] | بندڠ

Definisi : kawasan berair tempat bertanam padi; sawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendang

Puisi
 

Laksamana mudik ke bendang,
     Seluar merah baru berjahit;
Laksananya buah pedendang,
     Luarnya merah dalamnya pahit.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa guna pergi ke bendang, Kalau tidak bertanam padi; Apa guna senjata disandang, Kalau tidak berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Kalau abang pergi ke bendang, Bawakan saya anak selangat; Hari siang terpandang-pandang, Tidur malam teringat-ingat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Besi pandang ke bendang, Pati santan diminum mabuk; Kalau rindu jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik turun membawa padi, Padi bendang padi ternama; Adik sepantun bunga melati, Kami memandang menjadi gila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak beruk di tepi pantai, Turun ke bendang memakan padi; Biar buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas