Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Aku tak suka berumah tinggi, Tiang bertakuk bendul bertarah; Aku tak suka beranak tiri, Anak dikatuk emaknya marah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tetak palas rumpun palas, Mari dimakan atas bendul; Duduk malas berdiri malas, Kerana khidmat diri terkabul. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putih kuning telur melanak, Satu terdampar ke atas bendul; Putih kuning sedang bertanak, Satu hasta lebarnya sanggul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hendak balik baliklah kacang, Batang padi dibelah jangan; Hendak balik baliklah abang, Bendul tepi dilangkahi jangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |