Benih padi disukat gantang, Supaya mudah orang bertanam; Sedihlah hati melihat abang, Setiap malam menunggu pesan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Benih padi disukat gantang, Supaya mudah orang bertanam; Sedihlah hati melihat abang, Dilanda gundah sepanjang malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Benih bertabur di atas tanah, Bunga rampai bunga melati; Rosak binasa kerana fitnah, Dosa ditanggung sampai ke mati. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Walaupun benih dimakan musang, Bila disiram tetap menjadi; Walau kekasih di tangan orang, Cinta kupendam tetap abadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun benih sudah mengering, Bila ditanam banyak yang tumbuh; Walau kekasih sudah berpaling, Cinta kupendam tidakkan luluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sudahlah benih tidak menjadi, Datang pula kucing menggila; Sudahlah kekasih tidak peduli, Orang disapa berpaling muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang benih dimakan tupai, Percuma saja kerja di ladang; Sedang kasih badan bercerai, Percuma saja janji dikarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau benih sudah bertukar, Jarang sekali yang mahu tumbuh; Kalau kasih sudah mengakar, Lautan api akan kutempuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Habislah benih dimakan ulat, Alamat ladang jadi belukar; Habislah kasih badan melarat, Hidup malang mati terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Habislah benih dimakan belalang, Ladang pun semak tiada berpadi; Habislah kasih dipermainkan orang, Sayangnya tidak berguna lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |