Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pulau Bentan Pulau Daik, Mercu bertaut nampak berkilau; Kalau asal benih yang baik, Terbuang ke laut menjadi pulau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang Bentan membawa parang, Kerana hendak ke Pulau Perca; Sedangkan intan dibuang orang, Inikan pula permata kaca. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang Bentan berbuat sawah, Sawah terisi pandan berduri; Abang hitam sangat bertuah, Satu pelanduk menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain ini kain Bentan, Kalau dibasuh jangan dibanting; Bukan salah dari jahitan, Salah pula orang menggunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Arus deras Laut Bentan, Mati menteri ditikam paduka; Kalau asal permata intan, Jatuh di gelap cahaya jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tudung saji terendak Bentan, Pagar siapa tuan sesalkan; Sudah untung peminta badan, Pada siapa tuan kesalkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dari Johor ke Pulau Bentan, Tiba di Daik membeli cuka; Hatiku hancur bukan buatan, Menengok adik bermasam muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang mengail di Kuala Bentan, Umpama dilumur dengan lumut; Menggunting dalam lipatan, Itulah musuh dalam selimut. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Elok-elok raja di Bentan, Awan berkiluk berganti-ganti; Tidak ternilai cahaya intan, Jatuh ke lubuk hilang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |