Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berpanas; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat berkorban ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berhujan; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tahan berkorban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tidak berlubang; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berbeban; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat segan-menyegan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tegaknya kukuh; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa tanda batang putat, Batang putat bersegi buahnya; Apa tandanya orang beradat, Orang beradat tinggi maruahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok parang mata berkilat, Mata berkilat ia diasah; Elok orang kerana beradat, Kerana beradat ia bermaruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mudah patah; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tak mudah marah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mahu lapuk; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat malu merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mudah patah; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |