Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradik

Puisi
 

Budak-budak dua beradik,
     Pergi ke pasar beli padi;
Saya asal teras yang baik,
     Hujan panas serba jadi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Adik beradik berbaju chongsam, Rama-rama berwarna saga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.Pantun Melayu SarawakKiasan
Orang bersisik adik beradik, Turun menjala Sungai Asahan; Kalau pandai kita memetik, Mana buah rosak sedahan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Budak-budak dua beradik, Pergi ke pasar beli padi; Saya asal teras yang baik, Hujan panas serba jadi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak Cina dua beradik, Seorang bodoh seorang cerdik; Seumpama ayam kudidik, Cari makan yang baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau kita menanam padi, Senanglah makan adik-beradik; Kalau kita menanam budi, Orang yang jahat menjadi baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tetak sebentang bawa mudik, Anak raja duduk di taman; Duduk bertentang adik beradik, Bagai bunga kembang setaman.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tetak serentang bawa mudik, Anak raja duduk di taman; Duduk bertentang adik-beradik, Bagai bunga kembang setaman.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Awa-awa kena belatik, Sayang Cik Cepa mudik bergalah; Buat pura dua beradik, Barang siapa menjadikan salah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas