Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.gi] | براݢي

Definisi : 1. menggunakan ragi: roti yg tidak ~; 2. berbuih, berbusa (kerana ragi), muai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.gi] | براݢي

Definisi : 1 dicampur ragi; memakai atau menggunakan ragi: apam yg tidak ~. 2 berbuih kerana ragi; berbusa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragi1 (kata nama)
Bersinonim dengan ibu roti, yis, penaik, kamir;,
Kata Terbitan : beragi, meragikan,
Rujuk :corak

Puisi
 

Pinang muda atas ragian,
     Pinang tua beragi-ragi;
Kalau muda tahi gigian,
     Biar tua sekali-kali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sudah tahu di tepi kain.

Bermaksud :

Orang melarat yang sudah baik penghidupannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah tahu di kain beragi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Batik beragi dibuat baju, Bajunya tahan berbasah kering; Adik berjanji taat menunggu, Baru sebulan sudah berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan pelekat sembarang pelekat, Pelekat sudah beragi-ragi; Bukan lekat sembarang lekat, Lekat tak dapat dibuka lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan tuan berkaca pintu, Kaca kain beragi-ragi; Jangan tuan kata begitu, Kata lain banyak lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pinang muda atas ragian, Pinang tua beragi-ragi; Kalau muda tahi gigian, Biar tua sekali-kali.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi.Pantun Melayu SarawakAgama
Banyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang langimut tumpah di papan, Daun yang lekang beragi-ragi; Mengelimut berhadapan, Jika di belakang apatah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas