Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rai] | براي

Definisi : ; cerai-~ bercerai-berai, berpecah-pecah, berpisah-pisah; berberai bercerai, berpecah, berpisah: sbg pemimpin, kamu harus cuba memelihara keutuhan umat agar tidak ~; berberaian berceraian, bercerai-cerai: laungan itu bergema dan ~ pecahannya;memberai-beraikan 1. mencerai-ceraikan, memecah-mecahkan, memisah-misahkan; 2. menyebarkan (khabar); ® cerai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rai] | براي

Definisi : ; berberaian berpecah-pecah tidak keruan: Perusuh-perusuh tsb telah lari ~ apabila sepasukan polis tiba. memberai-beraikan 1 membuat sesuatu menjadi berserak-serak. 2 menyiarkan (khabar dsb) ke mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berai

Puisi
 

Baju perai berkain berai,
     Pakai anak raja Semarang;
Jiwa di badan sudah bercerai,
     Inikan pula kasih menumpang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tangguk lerak dengan bingkainya.

Bermaksud :

Suami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Pergilah petang mandi di pancur, Daunlah bayam saya tumiskan; Berai siang dapat dihibur, Berai malam saya tangiskan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju perai berkain berai, Pakai anak raja Semarang; Jiwa di badan sudah bercerai, Inikan pula kasih menumpang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak berotan akar dipakai, Tidak berberas padi tumbuk; Banyak kawan bercerai-berai, Umat lemas mati tercekik.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah nangka buah bergetah, Tua mudanya dapat digulai; Sudah tua sudah membantah, Rumah tangga bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi berlalai-lalai; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tidak berkayu tangga ditakik, Tidak berotan akar dipakai; Umat berseteru dunia terbalik, Banyak kawan bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerana beruk duduk melukah, Banyaklah kijang datang mengintai; Kerana datuk tertangkap basah, Banyak orang bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batu kinyang jauh ke darat, Jalan kereta setengah hari; Makin dikenang makin melarat, Makin dicinta tambah berai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas