Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakal;

Peribahasa

Manusia tertarik oleh tanah airnya,
     anjing tertarik oleh piringnya.

Bermaksud :

Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Apa tandanya batang bengkal, Batang bengkal banyak bukunya; Apa tandanya orang berakal, Orang berakal bijak lakunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak musang baru berakal, Setiap pagi mencari buah; Sejak bujang tekun beramal, Hidup mati dirahmati Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak muda belum berakal, Siang ke sana malam ke mari; Hendak kusapa belumlah kenai, Kutimang saja di dalam mimpi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pancang jermal tanah di air, Berbilang tahun tiada lapuk; Orang berakal faham berfikir, Senang menuntun sesama makhluk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pancang jermal di tengah laut, Dilanda pasang tidak tenggelam; Orang berakal menjaga mulut, Di muka orang banyaklah diam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sungguh molek batang ketakal, Kayunya lebar durinya merah; Sungguh elok orang berakal, Lakunya sabar hatinya murah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walau kain panjang sejengkal, Elok juga mengail udang; Walaupun kecil belum berakal, Elok juga membuat ladang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun kail panjang sejengkal, Jangalah takut menduga laut; Walaupun kecil kurang berakal, Jangalah takut apabila diugut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau berjaja tentu bermodal, Hilang modal habis dagangan; Kalau bekerja tentu berakal, Hilang akal habis pekerjaan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sayang cempedak ranum dipangkal, Batangnya pandak sudah pun lapuk; Kupinang anak belum berakal, Kupinang emaknyalah tua nyanyuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas