Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rakit (kata nama)
Bersinonim dengan ancu, telatak, jeriau, telatap;,
Kata Terbitan : berakit, merakit, perakit,

Puisi
 

Kalau tuan berakit kayu,
     Boleh ambo berakit buluh;
Tiada dagang nak tanggung malu,
     Sungguh kasih teramat sungguh.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Rumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan berakit kayu, Boleh ambo berakit buluh; Tiada dagang nak tanggung malu, Sungguh kasih teramat sungguh.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau tuan berakit buluh, Biar saya berakit kayu; Kalau tuan cara menyungguh, Biar saya menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kata cik tuan berakit buluh, Biar saya berakit laju; Kalau abang tidak bersungguh, Saya juga berasa malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang berakit sama ke hulu, Bila berenang basah sendiri; Sedang sakit minta dibantu, Sudah senang makan sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang berakit berkajang kain, Di mana teluk di mana bertimba; Sayang sakit bercerai main, Di mana duduk di mana bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mudik berakit kelong berkapai, Dayung sederap dari hulu; Badan sakit hajat tak sampai, Bunga kembang tinggallah dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau malam orang berakit, Setelah siang badan pun lesu; Jikalau padam bintang di langit, Barulah hilang kasih sayangku.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau hendak hilir berakit, Jangan lupa singgah di Lor; Jangan cuba cari penyakit, Jangan gerak rimau yang tidur.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas