Orang beradat kuat beramal, Tahu dirinya hidup kan mati; Membuang adat umat terjual, Layulah negeri kampung pun lesi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bulan puasa bulan mulia, Orang beramal siang dan malam; Kerana bercinta abang merana, Bila gagal nyawaku padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila menyenduk gulai, Jangan kuahnya tumpah; Apabila duduk beramal, Jangan suka memfitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adat berbual pantang menjual, Adat bercakap pantanglah gagap; Adat beramal pantang membingal, Adat berkitab pantang menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak musang baru berakal, Setiap pagi mencari buah; Sejak bujang tekun beramal, Hidup mati dirahmati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Untuk apa membuat jermal, Supaya mendapat ikan pari; Untuk apa berbual beramal, Supaya selamat kemudian hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adapun hari berganti bulan, Bulan beralih berganti tahun; Apabila hati bersendi iman, Beramal soleh mengaji tekun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila makan buah belimbing, Dibuat sambal rasanya sedap; Apabila iman mendarah daging, Kuat beramal sempurna adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai akhlak terpuji; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal bela-membela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |