Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak

Puisi
 

Burung tiung beranak tunggal,
     Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
     Pada siapa hendak bergantung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(20)

104

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Belum beranak sudah ditimang

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum beranak sudah ditimang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Lantak dua berlantak tiga, Masih juga gelang di kaki; Beranak dua beranak tiga, Masih juga dendam di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila musang beranak pinak, Alamat ayam menjadi punah; Apabila orang banyak melagak, Lambat-laun kepala kan pecah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila itik beranak dua, Tentu selalu di dekat kandang; Bila adik tidak setia, Tentulah malu melihat abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tak beranak ungka di darat, Banyaklah timbul batang benta; Kalau tak tegak pemuka adat, Banyaklah timbul silang sengketa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Setambun anak-beranak, Sisiknya berlendir-lendir; Minta ampun banyak-banyak, Pantun kami sindir-menyindir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Setaung anak -beranak, Tampak merah bulu sayapnya; Mintak ampun pada nan banyak, Banyak nan salah dengan silapnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok pisang beranak banyak, Ikan toman dibelah dua; Minta maaf banyaklah banyak, Habislah teman kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang emas beranak banyak, Anak tumang dalam telaga; Minta maaf banyak-banyak, Tiada jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas