Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rang] | برڠ

Definisi : (bérang) marah (yg amat sangat), gusar: ia masuk dgn muka yg ~; Hasyim membentak dgn ~;memberang menjadi sangat marah: tidak diduga sama sekali abangnya akan ~ begitu rupa; memberangi memarahi;keberangan perasaan marah yg amat sangat, kegusaran: dia terketar-ketar ~;pemberang pemarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rang] | برڠ

Definisi : ; berang-berang nama sj binatang yg suka makan ikan; anjing air, Lutra sumatrana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.rang] | برڠ

Definisi : /bérang/ perasaan marah yg amat sangat: Dia menjawab pertanyaan orang itu dgn ~. memberang menjadi sangat marah: Mula-mula mereka bergurau, kemudian sama-sama ~, akhirnya mereka bertumbuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berang


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana lotong takkan berang, Anak ditinggal jatuh berdebin; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak bebal menjadi pemimpin.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Hendak ke hilir ditahan kera; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak pandir dijadikan ketua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Lebah menderu babi meluru; Bagaimana hidung takkan kembang, Rumah baru bini pun baru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Anak beruk mencuri manggis; Bagaimana hidung takkan kembang, Awaklah bongkok berbini gadis.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Kera memijak babi menginjak; Bagaimana hidung takkan kembang, Harta banyak bini pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Babi mengejek kera mencerca; Bagaimana hidung takkan kembang, Bini cantik mentua pun kaya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas