Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ran.ja/]/[ber.an.ja/] | برانجق

Definisi : 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat, berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan masuk ke kamarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ran.ja/]/[ber.an.ja/] | برانجق

Definisi : berpindah atau berengsot sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranjak

Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Yang duduk tidak beranjak, Penatnya lepas bercakap-cakap; Orang gemuk awak yang sesak, Melihat nafasnya tercungap-cungap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa tanda perahu tersakat, Dikayuh didayung tiada beranjak; Apa tanda Melayu beradat, Teguh menjunjung sunah dan syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanam padi sesuku tanah, Benih banyak dimakan babi; Dalam hati aku bersumpah, Kasih tidak beranjak lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas