Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pat] | براڤت

Definisi : berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pat] | براڤت

Definisi : 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pat] | براڤت

Definisi : mengadakan rapat; bersidang; bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.pat] | براڤت

Definisi : berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,


Pantun

PantunSumberTema
Dari pauh permatang layang, Singgah berapat papan kemudi; Dari jauh abang datang, Mengenang adik baik budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas