| Awan berarak sebelah hulu Tanda hujan menjelang petang; Jangan diajak dinda bercumbu, Kita bukan bertunang-lanang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Orang berarak di pintu kota, Hendak menyembah Raja Melaka; Adik bercinta abang bercinta, Sampai ke manakah cinta kita? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Awan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Samarahan berpesta berarak-arakan, Dari Pekan ke Ulu Petala; Perumahan rakyat segera dirikan, Supaya hidup lebih terbela. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Walaupun hari berarak petang, Kerana perlu ke ladang juga: Walaupun hati mabuk kepayang. Kerana malu membelakang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Ketuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pukul rebana pukul kecapi, Raja berarak dari seberang; Apakah sebab jadi begini, Karam berdua basah seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |