Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok), kedondong matahari, kijai, beberas, Trigonochlamys griffithii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beras-beras I

Puisi
 

Beras pulut bercampur padi,
     Laksamana memanah dulang;
Di mulut sedih di hati,
     Belum ada anak seorang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Yang pipit sama pipit,
     yang enggang,
sama enggang.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Beras bukan sebarang beras, Beras ditumbuk membuang antah; Panas bukan sebarang panas, Panas menengok abang menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beras jati beras asli, Sedap dimakan diwaktu pagi; Keras hati tidak peduli, Untung tidak bertambah rugi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Beras tidak walau segantang, Masak bubur tidak bersantan; Sawah padi kering kontang, Ayam itik mati tak makan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Beras padi disimpan orang, Supaya senang makan serumah; Panas hati bukan kepalang, Melihat abang berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beras padi diindang orang, Supaya tahu mana antahnya; Belas hati memandang abang, Adik ditunggu sudah berpunya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian; Tak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Beras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras padi dalam guni, Padi tidak rimbun lagi; Maka dikarang warkah ini, Hati nan tidak bertahan lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas