Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beratap


Pantun

PantunSumberTema
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidur pun nyenyak; Elok lidah kerana beradab, Bila beradat tuturnya lemak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap sejuk rasanya; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab elok bicaranya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidakkan panas; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab takkan berkeras.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidakkan basah; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab takkan menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau beratap kain rumbia, Jangan suka melenggak-lenggak; Kalau bercakap dengan pak tua, Jangan suka melagak-lagak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau beratap daun nanas, Banyaklah hujan jatuh ke talam; Kalau bercakap berkeras-keras, Banyaklah orang nan salah faham.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Akan beratap daun keladi, Membuat junjung di tepi paya; Tunang si anu tidak menjadi, Bolehkah saya ikut bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rakit kami beratap daun, Ditimpa hujan tentulah basah; Sakit kami sakit menahun, Gilakan tuan tak mahu singgah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pengat keledek hidangan ummi, Rumah Melau beratap limas; Sangat pelik di hati kami, Adakah kijang bertanduk emas.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit kayu beratap kajang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit rindu mengingat abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas