| Tanda berbaju ada butangnya, Butang beratur atas ke bawah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang terkebur berkeras lidah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Buluh betung badan beruas, Batang beratur duri berduri; Sungguh beruntung orang pemalas, Senang tidur meninggi hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Gunung Lingga berkarang-karang, Gunung beratur empat-empat; Abang gila saya tak larang, Asal tentu dengan tempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |