Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.ju] | برباجو

Definisi : memakai baju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaju

Puisi
 

Tuan haji berbaju jubah,
     Turun ke padang menembak rusa;
Tuan mengaji memuji Allah,
     Tuan sembahyang mengampun dosa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Anak Cina pandai berbaju, Sudah berbaju berkancing pula; Alangkah hina yatim piatu, Sudah piatu miskin pula.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Berbaju kurung fesyen terkemuka, Tambah cantik tambah bergaya; Jangan murung jangan berduka, Usaha ikhlas pasti berjaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang beratur atas ke bawah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang terkebur berkeras lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang besar ataupun kecil; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang berkasar atau berdegil.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang melekap di atas dada; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap mengada-ada.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang lekat berjahit benang; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang berbuat sewenang-wenang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang tersingkap dada terdedah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap membawa fitnah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adik beradik berbaju chongsam, Rama-rama berwarna saga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.Pantun Melayu SarawakKiasan
Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sungguh baik berbaju pandak, Pendeknya sedang dalam setara; Sungguhlah baik laku si pekak, Diejek orang didiamkan saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234

Kembali ke atas