Banyak selasih disebut orang, Selasih berbuah tidak berbalas; Banyak kasih disebut orang, Kasih Allah tiada berbatas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bertanak periuk besar, Nasinya berulas-ulas; Pantun sesama besar, Bunyinya berbalas-balas. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Walaupun berat membawa talas, Kerana ingin dibeban juga; Walaupun surat tiada berbalas, Kepada angin kupesan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sudahlah penat mengayak beras, Makan lemang tidak menyapa; Sudahlah surat tidak berbalas, Pesan terbuang tak pula ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil galah pepahkan jantung, Jantungnya jatuh ke balik pagar; Saya tak mahu berbalas pantun, Pantun saya baru belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Air paya rasanya masam, Walaupun masam dapat diminum; Hatiku luka menahan dendam, Dendam berani berbalas belum. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jika sudah menjual mengkuang, Jangan diminum air segelas; Jika lidah tidak bertulang, Jangan diharap kasih berbalas. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Yang pinang tentu berkacip, Kacip bongok kepala emas; Abang datang mengadu nasib, Nasib elok cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam dibawa anak penggalas; Demam bukan sebarang demam, Demam cinta tidak berbalas. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |