Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/.ba.li/] | برباليق -باليق

Definisi : selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik-balik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Daun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun si balik-balik angin, Kan bagesu jo dulang-dulang; Kok diram di bukit anak berangin, Tidak terkenang berbalik pulang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Belum jatuh sudah berdetak, Detak mengirai balik berbalik; Hukum jatuh benar terletak, Gelak berderai timbal balik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selasih bertambak tidak, Bubuh daun di balik geta; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun berbalik juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau adik menahan lukah, Tahan jangan dibalik-balik; Kalau adik berjanji bernikah, Bulan depan abang berbalik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Selera melayung di pangkal kuini, Batang buluh di balik sialang; Suara abang tinggal di sini, Batang tubuh berbalik pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ribu-ribu di tepi jalan, Den tanam kunyit timbal balik; Kalau rindu anak berjalan, Usah dikenang dagang tak berbalik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas