Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.ris] | برباريس

Definisi : 1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.ris] | برباريس

Definisi : 1 terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2 berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawad: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaris

Peribahasa

Yang bertakuk yang ditebang,
     yang bergaris yang dipahat.

Bermaksud :

Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. 'Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut, b. Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Dari teluk sampan berbaris, Menunggu pasang baru belayar; Hatiku remuk menahan tangis, Menunggu abang memberi khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang berkuda biar berkuda, Untung kuda dapat berbaris; Orang menduda biar menduda, Untung duda dapat gadis,Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mendengar beruk jatuh berdebab, Banyak belalang pergi berbaris; Mendengar beruk bermain rebab, Banyaklah orang duduk menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas