Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbatang

Puisi
 

Sangat ajaib buahnya padi,
     Menjadi emas berbatang suasa;
Sangatlah sakit rasanya hati,
     Terkena panah penyakit cinta.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Adat berbatang ada akarnya, Adat berakar tentulah kukuh; Adat berhutang ada bayarnya, Adat membayar tentulah penuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sungguh elok berbatang lebar, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bersabar, Tidak nampak susah hidupnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sungguh elok berbatang lebat, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bertaubat, Hidup tenang tak ada susahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Daging ada berbatang tiga, Orang berjemur di batang padi; Saya hendak kasih bertiga, Rasa kiamat di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh rebung hendak berbatang, Tumbuh rumput hendak berakar; Sungguh bersambung hendak berpanjang, Sungguh bertambun hendak lebar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sangat ajaib buahnya padi, Menjadi emas berbatang suasa; Sangatlah sakit rasanya hati, Terkena panah penyakit cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur manis pelepahnya lembut, Pohon celagi berbatang-batang; Hitam manis keningnya lembut, Bertatah gigi dua tiga batang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok menebang batang enau, Enau subur lampai berbatang; Elok memandang orang berpanau, Panau bertabur bagaikan bintang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas