| Yang gadis suka berbedak, Bedak menambah bersih wajahnya; Orang bengis suka membentak, Terbentak mentua putih mukanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sudahlah pipi tidak berbedak, Dibawa juga ke helat orang; Sudahlah bini tidak menampak, Dipaksa juga melihat wang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sejak periuk menjadi hitam, Banyaklah berbedak arang; Sejak beruk menjadi imam, Banyaklah umat tidak sembahyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Walau makan berlimpah lauk, Kerana kenyang ditolak juga; Walau badanlah tua bongkok, Kerana dipinang berbedak juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |