Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbeza

Puisi
 

Dari dahulu Jawa Semarang,
     Ungai-ungai di atas bukit;
Macam dahulu juga sekarang,
     Tidak berbeza barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Lain pompat lain sukatnya, Lain sukat berbeza berat; Lain adat lain sifatnya, Lain sifat berbeza niat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Secantik Siti Nurhaliza, Seayu Misa Omar; Hidup tidak berbeza, Dunia tetap berputar.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari dahulu Jawa Semarang, Ungai-ungai di atas bukit; Macam dahulu juga sekarang, Tidak berbeza barang sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Alas meja dengan kain, Kain dibeli di Sarawak Plaza; Adik Tidur di bantal lain, Mimpi kita tidak berbeza.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas