Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.ni] | بربيني

Definisi : mempunyai bini, sudah berkahwin (bkn laki-laki): sedangkan orang yg tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yg berpendapatan besar; apa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh = elok ~ orang tua, perut kenyang pengajar dapat prb orang yg berkahwin dgn janda (perempuan tua) selalu manja pd isterinya (cemuh kpd orang berbini tua); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.ni] | بربيني

Definisi : (sudah) ada bininya; (sudah) bernikah (bagi orang lelaki saja): Dia masih belum mahu ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbini

Puisi
 

Nak mandi batas banyak,
     Tambah pulak ada buaya;
Nak berbini hutang banyak,
     Tambah pula rial belanja.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Apa sakit berbini janda,
     anak tiri boleh disuruh.

Bermaksud :

Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sejak tungau berbini tuma, Banyaklah angsa menimang haji; Sejak harimau menjadi ulama, Banyaklah rusa datang mengaji.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gelilah tiung berbini banyak, Letak berjalan campak ke parit; Gigilah ompong gusi pun bengkak, Hendak menelan selera pahit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang pergi tidak menjelau, Hendak dicari lautan dalam; Orang berbini awak yang risau, Melihat bininya tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa membeli renda, Untuk memperindah sulaman; Untuk apa berbini janda, Untuk menambah pengalaman.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Nak mandi batas banyak, Tambah pulak ada buaya; Nak berbini hutang banyak, Tambah pula rial belanja.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Hendak mandi telaga mana, Telaga darat Padang Kemunting; Hendak berbini si muda mana? Mulut birat betisnya bunting.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Untuk apa membeli batik, Untuk jadi kenang-kenangan; Untuk apa berbini cantik, Untuk jadi timang-timangan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa pergi berburu, Supaya dapat mengejar rusa; Untuk apa berbini baru, Supaya dapat bertukar rasa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234567

Kembali ke atas