Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.si/] | بربيسيق

Definisi : 1. bercakap dgn suara yg perlahan (kpd seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya): dia memanggil dgn suara yg sangat perlahan, spt orang ~ bunyinya; 2. = bisik-bisik secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang): mereka berbincang dgn cara bisik-bisik; 3. ki berhembus dgn bunyi yg perlahan (bkn angin): malam yg hening, terdengar angin ~; ~ kedengaran, berimbau kelampauan prb sangat dekat antara orang yg bercakap dgn orang yg mendengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.si/] | بربيسيق

Definisi : 1 bercakap dgn suara yg perlahan: Saya ~ kpdnya supaya tidak didengar orang apa-apa yg saya katakan itu. 2 dgn diam-diam sehingga tidak diketahui atau tidak didengar orang: Mereka bermuafakat hendak pergi makan angin dgn ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbisik


Pantun

PantunSumberTema
Yang kemak dibawa bersolek Sudah cantik nampak segarnya; Orang pekak dibawa berbisik, Salah bisik awak ditamparnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak jelatik, Di mana tegak tercabut bulu; Susahlah hati hendak berbisik, Telinga pekak mulut pun bisu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Suka duka orang berniaga, Untung setahil rugi sekati, Luka lama berdarah semula, Rindu berbisik di sudut hati.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas