Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuah;

Puisi
 

Lagi berbuah lagi berduri,
     Itulah nama asam paya;
Lagi bertuah lagi berbudi,
     Itulah nama orang kaya.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Selangkas betik berbuah.

Bermaksud :

Waktu yang singkat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berbuah si kundang-lendang, Buah mengkal jatuh ke lubuk; Jangan disentuh tunang orang, Keris pukai makan rusuk.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau berbuah ada ranumnya, Kalau cendawan ada kelatnya; Kalau menyanggah ada hukumnya, Kalau menyanggah ada adatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Hendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Batang pinang berbuah lebat, Buah berjalin disela upih; Orang kusayang sudah tak ingat, Pada yang lain menumpang kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekali betik berbuah, Beribu belalang tiba; Sekali adik bersumpah, Di situ kubuang nyawa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Barangkali pandan berbuah, Hanyut ke laut beriring-iring; Barangkali badan bertuah, Hanyut ke laut dampar ke Siring.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pokok kelapa berbuah lebat, Benih dari kampung paya; Kalau kita mencari sahabat, Biarlah dapat orang yang setia.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau kuncup hendak berbuah, Jangan ditebang kayu nan rampak; Kalau hidup hendak bertuah, Jangan dibuang ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345

Kembali ke atas