| Adat berbual pantang menjual, Adat bercakap pantanglah gagap; Adat beramal pantang membingal, Adat berkitab pantang menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Yang singgah diajak berbual, Nasi ditanak gulai disenduk; Orang nikah awak yang kesal, Bininya budak lakilah bongkok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kerana kera bengak berbual, Banyaklah ungka jadi mengantuk; Kerana tanah banyak dijual, Banyaklah rusa pergi merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Hari buruk berhenti mencari, Hendak berbual tiada pandai; Laki pemabuk bini penjudi, Anak terjual rumah tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sambil minum duduk di tikar, Asyik berbual sampai petang; Begitukah nasib isteri sabar, Asyik dapat suami curang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Angin sakal dari haluan, Banyaklah lari orang pemukat; Ingin berbual tiada bahan, Hendak pergi hatilah lekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Untuk apa membuat jermal, Supaya mendapat ikan pari; Untuk apa berbual beramal, Supaya selamat kemudian hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apa guna periuk dijual, Bila tidak dapat bertanak; Apa guna duduk berbual, Bila tak mahu melihat awak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Yang pasu susah dijual, Salah jual tampak mahalnya; Orang bisu dibawa berbual, Salah bual awak dibedalnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Walau banyak cawan dijual, Harga murah cepat larisnya; Walau banyak kawan berbual, Bersua janda cepat jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |