Sayang Nek Siti zaman Nek Siti, Nek Siti berjalan terhayun-hayun; Abang berbudi saya berbudi, Kerana budi terasa kasihan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Yang berbudi dikenang-kenang, Hutang budi dibawa ke kubur; Sayang ke laki ditimang-timang, Sayang ke bini dibawa tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang berbudi kita muliakan, Supaya terbalas budi baiknya; Tunangan berlaki kita doakan, Supaya lekas dicerai lakinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pak Dolah orang bersantun, Bersantun berbudi anak watan; Bismillah kumulakan pantun, Pantun bersulam bunga harapan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Burung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Banyak tumbuh pohon di sini, Encik Anjang orang berbudi; Silalah makan hidangan ini, Mana yang kurang jangan dikeji. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat pantang menyalahi; Tanda umat berbudi akhlak, Taat memegang sumpah dan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat memberi pantang mengeji, Adat meminta pantang memaksa; Adat berbudi pantang mendengki, Adat berbahasa pantang mengata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |