Lembah Saji berbukit-bukit, Tumbuh subur cendawan bunga; Allah menguji baru sedikit, Siapakah dapat melawan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Labuan tidak berbukit, Adalah bukit di Batu Arang; Kenang tuan bukan sedikit, Darilah dulu sampai sekarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang muara tidak berbukit, Banyak bukit di Batu Karang; Budimu tuan bukan sedikit, Dari dahulu sampai sekarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bawa bekalan bukan sedikit, Hendak bertandang ke rumah Pak Dahlan; Hutan tebal tanah berbukit, Hujan ribut menutup jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |