Keratau madang berbulu, Berbuah berbunga belum, Berbunga kitika repak, Habis repak bingkuang pula, Berpakai waktu kau menolong, Kurang tolong terbuang saja. Di rumah berguna belum, Berguna ketika sesak, Lepas sesak terbuang pula, Terbuang lagi berpakai, B | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ulat bulu badan berbulu, Ular lidi melilit batang; Ada angin belayar dulu, Saya ada ikut belakang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Terung asam terung berbulu, Mari ambil buat kerabu; Jangan tuan salah keliru, Nak cari umbut terkena buku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Adat Melayu pantang berdendam, Orang pendendam hati berbulu; Jahatlah laku menentang Islam, Menentang Islam mati terpalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila meniup api di tungku, lngat-ingat terpercik kening; Apabila hidup hati berbulu, Niat jahat hati pun runsing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sayang ikan pindah ke hulu, Bila ke tasik dijala orang; Sayangnya tuan dada berbulu, Bila kutilik bagai siamang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lalat buta terbangnya pagi, Makan benalu sampai kenyang; Beratlah mata memandang laki, Badan berbulu bagai siamang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jika menyukat tidak pa, Ramailah orang menjadi ragu; Jika adat tidak dipakai, Perangai sumbang hati berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ukur bukan sebarang ukur, Ukur membuat baju baru; Uzur bukan sebarang uzur, Uzur melihat ketiak berbulu | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |