Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : sl bersembunyi: maka Sita Dewi pun ditaruhnya ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : 1. mengeluarkan bunyi, memberi bunyi: bertepuk sebelah tangan manalah boleh ~; genderang serunai pun ~lah; 2. bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya: surat itu ~ spt berikut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunyi

Puisi
 

Berbunyi mercun di tengah pekan,
     Anak angsa datang menyudu;
Bagi racun saya nak makan,
     Tiada kuasa menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Diimbau berbunyi,
     dilihat bersua.

Bermaksud :

Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pantun

PantunSumberTema
Apa gunanya rehab berbunyi, Bila berbunyi terasa hambar; Apa gunanya mengharap kami, Hamba miskin hidup terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Berbunyi mercun di tengah pekan, Anak angsa datang menyudu; Bagi racun saya nak makan, Tiada kuasa menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itik berbunyi hari dah siang, Itik balik waktu petang; Adik berlari seperti kijang, Adik menerkam seperti helang.Pantun Melayu SarawakUmum
Beduk berbunyi petang Jumaat, Menyeru orang pergi sembahyang; Duduk menanti abanglah penat, Mahu berjalan hatiku bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Guruh berbunyi hari pun petang, Tupai menangis dilanggar sapi; Rusuhlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rebab berbunyi dayu-mendayu, Siapa mendengar pilulah hati; Sedaplah hati hamba menunggu, Dinda kudengar mahu berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Loceng berbunyi pukul lapan, Perahu belayar kena ribut; Kasih seperti paku di papan, Pecah papan paku tercabut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas