Bila bulan bercahaya penuh, Nampak bintang menjadi pudar; Apabila tuan sudah menjauh, Tegakku bimbang hati pun hambar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila bulan tidak bercahaya, Manakan ada orang ke tanah; Apabila tuan tidak percaya, Manakan hamba datang ke rumah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan terang bercahaya, Terang tumpah ke tengah halaman; Kalau kurang adik percaya, Abang bersumpah berjabat tangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau bulan tiada bercahaya, Pasang pelita di hujung titi; Kalau tuan tiada percaya, Belah dada lihatlah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila malam sudah berbintang, Bulan bercahaya sehingga subuh; Apabila meminjam harta orang, Pulanglah segera usah bertangguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa guna bercerah, Kalau tidak bercahaya lagi; Apa guna nyawa berserah, Kalau tidak belajar lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Itik-itik di Kampung Cina, Buah mempelam masak bercahaya; Adik-adik abang bertanya, Berapa bulan kasihkan saya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarung keris bertatah permata, Seni budaya orng sunglap; Orang berilmu ibarat pelita, Tetap bercahaya dalam gelap. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Bunga cempaka bunga pilihan, Digemari oleh tua dan muda; Tanda orang tua sempurna iman, Hati bersih muka bercahaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |