| Tabiat Melayu suka merendah, Bercakap besar ia pantangkan; Sepakat Melayu membawa faedah, Siapa ingkar binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apa guna melompat pagar, Bila kaki awak tersangkut; Apa guna bercakap besar; Bila janji tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Biarkan orang bertingkat besar, Kita bertingkat berkilik-kilik; Biarkan orang bercakap asar, Kita bercakap baik-baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apabila bertiup angin barat, Ombak besar berhenti dulu; Apabila hidup ingin selamat, Bercakap benar berbudi tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Tabiat Melayu berterus terang, Berkata lurus bercakap benar; Sepakat Melayu muka belakang, Siapa memupus azabnya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |