Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Beras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang ada bercampur Cina, Batang sena batang padi; Siapa yang ada masih bercinta, Fikir apa di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Inderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lipat-berlipat tali kuda, Kerana bercampur dengan selasih; Hati terjerat sesama muda, Hilanglah malu kerana kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak babi memakan siput, Siput bercampur batang keladi; Kasihkan padi buangkan rumput, Kasihkan rumput buangkan padi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |