Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.can.tum] | برچنتوم

Definisi : 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.can.tum] | برچنتوم

Definisi : 1 menjadi rapat atau bertaut semula (spt luka yg sudah sembuh). 2 rapat melekat dan ber­sambung (spt bulu ayam). 3 menjadi ber­sambung atau bergabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercantum

Puisi
 

Pokok sena dahan bercantum,
     Tempat bersarang burung tekukur;
Kalau bunga bukan sekuntum,
     Kumbang juga bukan seekor.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kain batik bunga bercantum, Akar-berakar raja Semarang; Orangnya cantik pandai berpantun, Datang ke mari tidak terbuang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pohon kemboja dahan bercantum, Tempat jentayu membuat sarang; Semalam sahaja baru berkuntum, Sekarang layu bilakah kembang?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adik beradik berbaju chongsam, Rama-rama berwarna saga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.Pantun Melayu SarawakKiasan
Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas