Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(65)
Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain,
     dek rapat tetal tenunan kain,
jarum pun tidak menelusnya.

Bermaksud :

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pantun

PantunSumberTema
Buah kesebak terasa manis, Mari dicampur biji selasih; Bercerai emak tidak menangis, Inikan pula bercerai kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Putih menanam cempedak, Lebat daun bunga tiada; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit gunung Juasih, Tempat berakub berulang petang; Alangkah sakit bercerai kasih, Lebih baik pula celaka badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayang-ayang kepalanya pecah, Nampak dari Tanjung Keramat; Kasih sayang bercerai sudah, Minta air doa selamat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Atas bukit menahan angin, Buah pauh timbul tenggelam; Alang sakit bercerai main, Sudah jauh berkirim salam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cekur manis cemperai hidup, Lada muda di punca kain; Saya tak tangis bercerai hidup, Badanku muda mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cekur manis cemperai hidup, Hendak rama di punca kain; Kami tak tangis bercerai hidup, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju perai berkain berai, Pakai anak raja Semarang; Jiwa di badan sudah bercerai, Inikan pula kasih menumpang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap api embun berderai, Ramas santan di dalam mangkuk; Hajat hati malas bercerai, Ibarat ikan meninggal lubuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas