Tidak berotan akar dipakai, Tidak berberas padi tumbuk; Banyak kawan bercerai-berai, Umat lemas mati tercekik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah nangka buah bergetah, Tua mudanya dapat digulai; Sudah tua sudah membantah, Rumah tangga bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi berlalai-lalai; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tidak berkayu tangga ditakik, Tidak berotan akar dipakai; Umat berseteru dunia terbalik, Banyak kawan bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kerana beruk duduk melukah, Banyaklah kijang datang mengintai; Kerana datuk tertangkap basah, Banyak orang bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Baju perai berkain berai, Pakai anak raja Semarang; Jiwa di badan sudah bercerai, Inikan pula kasih menumpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |